26 March 2011

L


Seminggu dari sekarang aku akan memiliki lesen L :) hmm baru lesen L belum P lagi. haih baru berangan nak drive pegi sekolah. tapi mak aku pulak tak bagi. dia kata L mana boleh bawak kereta lagi. haih. aku teringin nak bagi member2 aku tumpang. sebab dornag mesti bising2 dalam kereta. itu yang bes tu. hahah :) tunggu la kejap lagi ye. insyAllah sebulan dari sekarang dah boleh drive kereta pegi sekolah. so korang nk tumpang silalah :)

p/s : kalau dah penuh tu sorry lah ye. hahah first come first serve

21 March 2011

Holiday :)

My holiday was tour around peninsula Malaysia but x sampai Johor. okay cerita dia begini bermula dari negeri selangor bertempat di shah alam pada hari sabtu malam dan terus balik ke kampung di Perlis. perjalanan mengambil masa 4 ke 5 jam begitu. stay sana dua hari macam tu. pastu gerak kelantan pulak lalu jalan gerik - jeli. jalan sumpah terbaik untuk orang mati. haha jalan tu main naik turun bukit punya ngn corner dia yang maut2 semua hmm. lepas tu sampai kat kelantan area kubang kerian. perjalanan mengambil masa 5 jam juga x silap aku. haha tido kat rumah kakak. stay sana dalam 2 hari cam tu. next destination pegi ganu. hahaha okay lah TERENGGANU. dekat ganu x tido pun just jalan2 satu hari. pastu terus balik shah alam pada khamis malam.

19 March 2011

Computer Test :)

YEAH!!!!!!!!!!!!!!!

aku lulus computer test babe!!! huhu :) aku jawab betul 47/50. heheh :D minimum untuk lulus 42/50.


okay sebenarnya ada banyak cerita eyh pasal computer test ni. cerita ni bermula pada 5 march 2011 iaitu hari sabtu. pada hari tu aku sepatutnya dah ambil test ni tapi kene tunda hari ahad iaitu keesokan hari okay xpe la. sebab2 tunda adalah JPJ tak online haritu. esoknya pulak aku dtg la awal pukul 8.30 sebab x sabar nk buat test. hahah poyo seyh muiz -.- okay pastu tggu kejap sampai la dekat tempat test tu. naik atas pastu kene bagi IC. masa bagi IC tu aku dah kene marah kata pakai baju takda collar. hmm pegi balik rumah tukar. tapi nak balik tu kene tunggu pukul 2 baru boleh balik. aku datang tadi pukul 11 lebih. so bayangkan berapa lama aku kene tggu. hmm apa boleh buat. sabar je lah. pastu bila dah balik tukar baju datang balik tempat test tu. buat benda sama cam tadi. bagi IC pastu tunggu die cari nama. Dia cari punya cari takda nama aku dalam tu. aduh!! apa aku nak buat time tu.dah penat tukar baju semua last x buat jugak sebab xde nama. hmm balik je la. next weekend baru boleh buat. next weekend tu hari sabtu bersamaan hari pertama cuti sekolah. huhu hari tu xde masalah langsung so aku buat test dgn tenang sekali. huhu result pun mengembirakan. haha :DD

02 March 2011

Your Name In Mandarin

Who?? haha


Nama someone eyh ni. hahah classmate aku nama Teng Hang Zhen yang tolong tulis ni and translate sekali. huhu Thnx Teng :) lawa kan? haha nasib baik nak padam dia senang. guna marker permenant kot. err. haha takpa2 asalkan lawa. hahah ramai gak lah yang buat ni kat tangan dorang. nama kat atas ni perempuan eyh bukan laki :/ yang suku kata depan tu AI kalau dalam BM. haha